KUALA LUMPUR – Kapten skuad kebangsaan Mohamad Zaquan Adha Abd. Radzak meluahkan keyakinan skuad Harimau Malaya mampu mengekang Vietnam pada aksi final pertama Piala AFF Suzuki 2018 esok, sekalipun pasukan negara tewas di Hanoi pada aksi peringkat kumpulan sebelum ini. Beliau memberi contoh kejayaan merangkul pingat emas Sukan SEA 2009 di Laos selepas menundukkan Vietnam 1-0 walaupun sebelum itu tewas 1-3 pada aksi peringkat kumpulan. “Pentas final adalah satu perlawanan…










