HANOI – Kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abd. Radzak mahu rakan-rakan sepasukan kekal tenang menjelang aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium My Dinh, Hanoi malam ini. Katanya, kesebelasan terbaik yang bakal dipertaruhkan oleh ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe nanti perlu percaya bahawa Harimau Malaya mempunyai peluang untuk mencipta kejutan di bumi Vietnam. “Ini adalah hari penentuan siapa bakal bergelar juara dan saya harap semua pemain dapat berikan…