KUALA LUMPUR – Debaran perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini pada 11 Disember ini, semakin terasa apabila 40,000 tiket yang dijual dalam talian, habis dijual. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumkan sebanyak 30,000 tiket telah pun habis terjual menerusi laman sesawang www.tickethotline.com.my semalam, manakala baki 10,000 tiket yang dijual hari ini, telah habis terjual tadi. FAM memaklumkan…










