KUALA LUMPUR – Anggota bomba yang parah akibat diserang kumpulan perusuh di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya awal pagi 27 November lalu mula memberikan respons dengan menulis pada papan putih untuk berkomunikasi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, pihak Institut Jantung Negara (IJN) memaklumkan keadaan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kassim kini semakin pulih dan boleh bertindak balas…










