Abu Kassim akui tidak terlibat pindaan laporan audit 1MDB - Utusan Malaysia

Abu Kassim akui tidak terlibat pindaan laporan audit 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),Tan Sri Abu Kassim Mohamed mengakui bahawa beliau tidak terlibat dalam pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tegasnya yang kini memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), beliau berusaha untuk melaporkan laporan asal daripada Ketua Audit Negara ketika itu.

“Bagaimanapun, terdapat percubaan untuk memberi penerangan kepada kita mengenai sesuatu yang tidak diterbitkan dalam laporan itu.

“Oleh itu, kita terus bergerak ke hadapan dan memulakan siasatan mengenai perkara itu,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Antarabangsa Anti Rasuah Sheikh Tamin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Kosmo! pada 26 November lalu melaporkan, Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad mendedahkan bahawa Laporan Akhir Pengauditan 1MDB telah diubah dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tahu mengenai perkara tersebut.

Dua perkara penting yang tidak dimasukkan dalam laporan itu ialah mengenai kehadiran ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau Jho Low dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB dan status kewangan 1MDB. 

Menurut Madinah, perkara itu diarahkan bekas Ketua Setiausaha Sulit keopada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Shukry Salleh pada 26 Februari 2016 atas alasan ia sensitif dan untuk mengelak fakta diputar belit oleh pembangkang ketika itu. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN