KUALA LUMPUR 11 Dis. – Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah dipilih semula sebagai Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) bagi tempoh 2018 hingga 2022. Menurut kenyataan Angkasa, pemilihan itu dilakukan oleh sembilan perwakilan daripada negara-negara anggota yang membuat pemilihan pada Persidangan dan Mesyuarat Tahunan ACO yang berlangsung di sini hari ini. Jelas kenyataan itu lagi, Singapura yang diwakili Dolly Goh dan Indonesia, Insanial Burhanzah telah…