JOHOR BAHRU – AAM Motorsports Sdn. Bhd. (AAM) akan menubuhkan jawatankuasa siasatan selepas menerima semua dokumen berkaitan insiden yang mengorbankan pelumba kelas CP150, Mohd. Hafiz Nor Azman, semasa pusingan akhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2018 di Bandar Penawar, Kota Tinggi, hari ini. Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Pengerusi AAM Tunku Datuk Mudzaffar Tunku Mustapha berkata jawatankuasa berkenaan akan ditubuhkan dalam tempoh beberapa hari lagi. “Kita amat…