PULAU PINANG 26 Dis. – Seramai sembilan pendaki yang sesat ketika mendaki Bukit Bendera di sini berjaya diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri awal pagi tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari seorang daripada sembilan individu itu pada pukul 7.27 malam semalam memaklumkan mereka sesat di kawasan Bukit Bendera. “Kesemua mangsa telah ditemui dalam keadaan selamat di dalam hutan kira-kira pukul 1 pagi. “Operasi mencari dan menyelamat dilakukan dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan juga melalui laluan pendakian di dalam kawasan hutan,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya