ROMPIN 9 Dis. – Hasrat seorang akauntan, Mohamad Syahmi Emir Mohd. Rawi, 24, untuk membina banglo di luar negara dan membawa isterinya, Nur Diana Afifah Hasnulhady, 24, serta keluarga menetap di situ tidak kesampaian apabila pasangan itu maut di Kilometer 131.20, Jalan Kuantan-Johor Bahru berdekatan Kuala Rompin di sini hari ini. Kemalangan kira-kira pukul 1.30 pagi itu berlaku apabila kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki pasangan pengantin baharu berkenaan bertembung…










