JAKARTA – Sebanyak 31 pekerja sebuah syarikat pembinaan jalan raya dan jambatan dipercayai mati ditembak kumpulan pemberontak di Papua. Menurut media Indonesia, para pekerja syarikat PT Istaka Karya itu ditembak mati kumpulan bersenjata ketika sedang melakukan kerja-kerja pembinaan jambatan di kawasan pergunungan di Kabupaten Nduga, Papua, kira-kira jam 11 malam tadi. Ketua Hubungan Masyarakat Polis Papua, Ahmad Mustofa Kamal dipetik media Indonesia berkata, para pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja pembinaan jambatan di Sungai Yigi dan Sungai Aurak itu dilaporkan menimbulkan kemarahan kumpulan itu kerana telah bertindak mengambil gambar anggota kumpulan berkenaan. Beliau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya