KATHMANDU – Seramai 23 orang terbunuh di barat Nepal selepas sebuah bas membawa pelajar sekolah dan guru pulang daripada satu lawatan ladang botani terjunam ke dalam gaung, kata polis. Kumpulan pelajar itu sebahagian besar berumur antara 16 dan 20 tahun. Dua guru dan pemandu bas berkenaan turut terkorban dalam nahas pada awal pagi kelmarin di satu kawasan terpencil. Kenderaan itu dilaporkan membawa seramai 37 orang dengan 22 terbunuh di lokasi kejadian, manakala seorang lagi di sebuah hospital berhampiran. Seramai 14 lagi mangsa kini menerima rawatan akibat kecederaan. “Siasatan awal mendapati…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya