21 suspek rusuhan direman - Utusan Malaysia

21 suspek rusuhan direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 6 Dis. – Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan 21 individu yang terlibat dalam kes rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya minggu lalu direman selama dua hingga empat hari bermula hari ini.

Perintah tersebut dike­luarkan Majistret Nurshahirah Abd. Salim bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap kesemua suspek yang berusia dalam lingku­ngan 18 hingga 40 tahun itu.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 435 iaitu melakukan khianat menggunakan api, Seksyen 148 (merusuh), Seksyen 427 (melakukan khia­nat) dan Seksyen 447 (menceroboh) dan Seksyen 506 (mengugut), kesemuanya di bawah Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian yang berlaku pada awal pagi 26 November lalu, 23 kenderaan musnah dibakar manakala cermin pusat beli-belah One City turut dipecah dan diro­sakkan.

Akibat kejadian itu, seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 25, yang diserang perusuh dilaporkan masih berada menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN