KUALA LUMPUR 7 Dis. – Lebih 20,000 ahli Pergerakan Wanita UMNO dijangka ‘memutihkan’ Dataran Merdeka bersempena dengan himpunan #DaulatHimpunan812 menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Komitmen itu dizahirkan Ketuanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad berdasarkan semangat ditunjukkan oleh ahli-ahli sayap UMNO itu di peringkat negeri. “Dengan memakai baju putih dan tudung putih, Wanita UMNO akan sama-sama berhimpun bersama Pas dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk ‘putihkan’ Dataran Merdeka,” kata beliau dalam kenyataan di sini malam ini. Mengulas lanjut, Noraini memberitahu, himpunan itu merupakan manifestasi penyatuan ummah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya