SAPORO 16 Dis.- Satu kejadian letupan menggegarkan sebuah restoran mengakibatkan runtuhan bangunan dan kerosakan beberapa binaan berdekatan Hiragishi, di sini. Menurut portal Channel News Asia, sekurang-kurangnya 20 orang cedera dalam insiden terbabit. Tiada kematian dilaporkan setakat ini. Dalam pada itu, lebih 40 orang pelanggan dipercayai berada di dalam restoran tersebut ketika letupan berlaku. Sementara itu, The Japan Times melaporkan letupan dipercayai berlaku sekitar 8.30 malam waktu tempatan.