KEPALA BATAS 25 Dis. – Operasi khas menangani pemandu mabuk yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, ibu pejabat polis daerah Seberang Perai Utara (SPU) malam tadi menahan dua lelaki kerana memandu di bawah paras alkohol dibenarkan. Operasi itu dijalankan di sekitar Jalan Permatang Pauh, Mak Mandin di sini bermula pukul 10 malam hingga 5 pagi tadi. Menurut Ketua Polis SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, kedua-dua lelaki yang ditahan berumur 33 dan 34 tahun itu merekodkan bacaan ujian evidential breath analyser (EBA) masing-masing 181mg/100ml dan 154mg/100ml. “Mereka telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 45A Akta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya