JOHOR BAHRU 29 Dis. – Dua adik kandung kepada kanak-kanak berusia 5 tahun yang maut didera Rabu lalu akan ditempatkan di bawah penjagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung berkata, JKM bagaimanapun perlu mendapatkan perintah mahkamah bagi tujuan tersebut. Katanya, permohonan tersebut akan dibuat setelah siasatan berkenaan kejadian itu diselesaikan polis dan hospital. “Dua adik kepada mangsa kini dalam pengawasan polis dan…










