KUALA LUMPUR 19 Dis. – Seramai 17 bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang terlibat dalam Skim Pemisahan Sukarela (VSS) hujung bulan lalu menerima faedah penuh Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), hari ini. Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, kesemua 17 bekas kakitangan Utusan Melayu itu merupakan antara 25 individu yang diraikan dalam majlis penyampaian faedah SIP melibatkan pembayaran berjumlah RM66,040.01. Jelas beliau, mengikut rekod seramai 705 bekas pekerja Utusan Melayu telah pun mendaftar SIP dengan pembayaran akan dilakukan secara berperingkat.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya