KUALA LUMPUR 19 Dis. – Aplikasi Sistem Volunteer Smartphone Patrol (VSP) mendapat sambutan baik di ibu negara dengan penyertaan kira-kira 163,000 ahli sejak dilancarkan pada Mac tahun lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, jumlah yang memberi aduan bagaimanapun masih berada di tahap yang rendah. “Maklumat daripada orang ramai sangat penting untuk membantu kita membanteras dan melakukan siasatan terhadap jenayah yang berlaku. “Sebab itu kita mahu supaya lebih ramai ahli dalam VSP memberi maklumat mengenai kejadian jenayah yang berlaku,” katanya ketika ditemui di program High Profile Policing…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya