PETALING JAYA- Perwakilan daripada 135 bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di seluruh negara dijangka menyertai Perhimpunan Agung Bersatu kali ke-2 yang akan diadakan bermula 28 hingga 30 Disember depan. Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, daripada jumlah itu, perwakilan-perwakilan di 98 dan 115 bahagian masing-masing akan menyertai persidangan sayap Srikandi dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada). “Persidangan tersebut dianggap begitu penting memandangkan pertama kali diadakan selepas Bersatu menjadi…