PULAU PINANG 9 Dis. – Seramai 100 pelajar kurang bernasib baik dari Sekolah Kebangsaan Kepala Batas (SKKB) di sini, diceriakan dengan sumbangan peralatan sekolah menerusi program ‘Kembali Ke Sekolah’ anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Empire Project. Bertempat di pasar raya Tesco Sungai Dua di sini, pelajar berkenaan dibawa membeli peralatan seperti pakaian seragam, kasut, beg, alat tulis serta barangan keperluan berkaitan dengan nilai RM200 setiap seorang. Pengurus Empire Project, Mohd. Ashraff Khan berkata, program itu merupakan aktiviti tahunan pihaknya dalam meringankan beban keluarga kurang berkemampuan untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak masing-masing.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya