TAIPING – Lima jenis haiwan diancam kepupusan berjaya dibiakkan di Zoo Taiping & Night Safari sepanjang tahun ini. Haiwan tersebut ialah ungka tangan putih, kuda belang, seladang, burung keria mahkota dan burung botak upeh. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Datuk Abd. Rahim Md. Ariff berkata, kejayaan membiakkan kelima-lima jenis haiwan tersebut merupakan satu pencapaian yang amat berharga dalam memastikan program pembiakan dan konservasi haiwan tersebut dapat diteruskan. “Zoo Taiping & Night Safari yang dikendalikan MPT sentiasa berusaha mengekalkan kelestarian dan khazanah alam melalui program pembiakan terutamanya spesis haiwan yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya