IPOH 11 Nov. – Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tambun meneruskan program Ziarah Kasih Puteri Prihatin bagi membantu meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik. Ketua Puterinya, Irmalini Amir Hamzah berkata, meskipun Barisan Nasional (BN) menjadi parti pembangkang, ia tidak menghalang mereka untuk melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat. Katanya, menerusi program tersebut, mereka dapat mengenal pasti keadaan masyarakat setempat yang mengalami masalah kesihatan, ekonomi, pendidikan dan sosial. “Program bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi dan Hulu kinta ini diadakan kerana kami berasa terpanggil membantu mereka yang terhimpit dengan keadaan ekonomi semasa. “Selain…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya