Zamani buang ego demi tanggungjawab - Utusan Malaysia

Zamani buang ego demi tanggungjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 5 Nov. – Penyanyi Zamani, mengakui imuniti yang diberikan oleh Datuk Seri Aliff Syukri serta sokongan peminat membuatkan dia terus bertanding dalam Gegar Vaganza musim kelima (GV5).

Vokalis kumpulan Slam itu berkata, imuniti tersebut merupakan satu tanggungjawab kepadanya jadi dia tidak boleh tarik diri daripada pertandingan tersebut.

“Pada awalnya saya agak bimbang sama ada mampu meneruskan pertandingan ini atau tidak. Kalau difikirkan, saya memang mahu tarik diri kerana ia melibatkan soal maruah.

“Tetapi saya perlu tolak keegoan itu kerana telah diberi imuniti yang bukan murah nilainya. Saya sangat berterima kasih kepada Datuk Seri Aliff.

“Beliau ikhlas memberikan imuniti jadi saya cuba galas tanggungjawab dan kepercayaannya,” ujar Zamani ketika ditemui selepas konsert suku akhir GV5 semalam.

Mengulas mengenai kesihatan diri, Zamani menjelaskan bahawa dia masih memerlukan rawatan dan pemantauan doktor.

“Saya telah mendapatkan rawatan di klinik yang dicadangkan oleh Datuk Khadijah Ibrahim. Doktor beritahu pita suara saya tidak ada masalah cuma sedikit merah.

“Doktor juga tidak tahu kenapa saya hilang suara. Oleh sebab itu, sehingga ke hari ini, saya masih di bawah pemantauan doktor,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN