MELAKA 14 Nov. – Bekas jurulatih Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan hari ini sah menandatangani perjanjian bersama Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) bagi mengendalikan skuad Sang Kancil untuk persaingan musim 2019. Presiden MUSA, Adly Zahari berkata, Zainal telah menandatangani kontrak sebagai ketua jurulatih baharu untuk melatih pasukan Melaka United bagi tempoh setahun bermula hari ini hingga 13 November 2019. Menurutnya, perlantikan bekas pemain kebangsaan ini diharap dapat mempersiapkan pasukan…










