SEKADAR pemerhatian, saya masih belum menemukan mana-mana institusi pengajian agama di Malaysia baik moden atau tradisional yang mampu mewujudkan suasana kondusif bagi pelajar untuk berbahasa Arab. Walaupun institusi tersebut menawarkan pelbagai subjek berbahasa Arab, namun rata-rata pelajarnya masih berbahasa Melayu baik di dalam atau luar kelas. Saya melihatnya antara punca utama mengapa pelajar agama di Malaysia tidak cukup baik kemahiran bahasa Arab dari sudut pertuturan atau pendengaran. Mungkin sebahagian mereka terutama di pusat pengajian tradisional mampu menguasai asas tatabahasa Arab secara teori seperti Nahu, Saraf, atau Balaghah dengan agak baik,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya