Wira Piala Malaysia terima pingat - Utusan Malaysia

Wira Piala Malaysia terima pingat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR 10 Nov. – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menganugerahkan pingat kepada 29 pemain dan pegawai pasukan bola sepak Perak yang berjaya menjulang Piala Malaysia baru-baru ini.

Mereka merupakan antara 296 penerima Darjah Kebesaran dan Pingat-pingat Negeri Perak bagi istiadat kali kedua sempena sambutan Ulang Tahun Kepute­raan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang disambut pada 2 November lepas di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Mereka terdiri daripada 25 pemain dan tiga pegawai pasukan yang dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) selain Ketua jurulatih skuad The Bos Gaurus, Mehmet Durakovic yang menerima Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP).

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemain dan pegawai pasukan skuad The Bos Gaurus yang menerima PJK ialah Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri; Amirul Azhan Aznan; Brendan Gan Seng Ling; Gilmar Jose Da Silva Filho; Hamizul Izaidi Zulkifli; D. Kenny Pallarj; Khairul Amri Salehuddin; Khairul Asyraf Sahizah dan Leandro Dos Santos. 

Penerima lain ialah Mohamad Idris Ahmad;  Mohammad Nasrullah Abdul Aziz; Mohd. Hafiz Kamal; Mohd. Nazrin Mohd. Nawi; Mohd. Nizad Ayub; Mohd. Nor Hakim Hassan dan Mohd. Rafiuddin Roddin. 

Pingat PJK turut dikurniakan kepada Muhammad Firdaus Saiyadi; Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy; Rafiq Faezz Muhammad Fuad; Muhammad Rizal Che Aziz; Muhammad Syazwan Zaipol Bahari; Nazirul Naim Che Hashim; Roslan Khan Md. Sharif; V. D. Sam Pakiaraj; Shahrul Mohd. Saad; K Shatiya; S. Vijay Babu dan Wander Luiz Junior.

Pada majlis sama, Sultan Nazrin turut berkenan menganugerahkan AMP kepada bekas atlet kebangsaan iaitu bekas atlet lompat tinggi negara, Loo Kum Zee dan bekas atlet memanah negara, Mon Redee Sut Txi.

Berangkat sama pada majlis istiadat itu, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa;. Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Besar Perak, Tunku Soraya Almarhum Sultan Abdul Halim.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan isteri, Datin Seri Dr. Nomee Ashikin Mohammed Radzi serta beberapa ahli Exco kerajaan negeri.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×