Wenger selangkah ke San Siro - Utusan Malaysia

Wenger selangkah ke San Siro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger dilaporkan semakin hampir untuk memeterai perjanjian sebagai ketua jurulatih baharu AC Milan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Akhbar di Perancis, France Football mendakwa Wenger, 69, sudah berminggu-minggu mengadakan perbincangan yang kini dikatakan berada dalam fasa akhir dengan pihak pengurusan ter–tinggi gergasi Serie A tersebut.

Difahamkan, Pengarah Sukan Milan, Leonardo sedia memberikan kebebasan kepada pengendali dari Strasbourg, Perancis itu dalam aspek perpindahan pemain sekiranya benar-benar dilantik menggantikan ketua jurulatih sedia ada, Gennaro Gattuso.

Bekas jurulatih Monaco dan Nagoya Grampus itu akan turut diberikan peranan lebih besar seperti dilakukannya bersama Arsenal dalam usaha mengembalikan zaman ke-gemilangan Milan.

Wenger yang diberi gelaran pakar taktikal veteran, kini tidak terikat dengan mana-mana pasukan sejak meninggalkan The Gunners selepas menghabiskan masa selama 22 tahun bersama kelab berpangkalan di Utara London itu.

Beliau yang dikatakan sedia kembali dalam bidang kejurulatihan awal tahun depan, hangat dikaitkan dengan beberapa lagi gergasi Eropah seperti Bayern Munich, Real Madrid, Fenerbahce dan pasukan kebangsaan China. 
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN