Masih terasa asam pedas ikan pari yang cukup rasa masam, manis dan masin, ikan patin masak tempoyak yang masam manis bagaikan makan di Temerloh, Pahang ditambah dengan petai jeruk dan budu yang dibancuh dengan tempoyak. Dipadankan pula dengan minuman air timun yang diperah dengan limau kasturi yang menyegarkan sambil duduk bersimpuh di atas tikar mengkuang. Semuanya hasil resipi ibu pemilik Restoran Warung Makcik Kiah, Datuk Paduka Syed Isa Syed Alwi…










