Warga emas parah diserang jiran - Utusan Malaysia

Warga emas parah diserang jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Nov.- Seorang warga emas parah selepas diserang jirannya di Blok A4, Pesiaran Ampang Saujana dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.25 petang itu, mangsa ditemukan isterinya dalam keadaan berlumuran darah serta cedera di kepala dan tangan. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, hasil siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa berada di luar rumah namun tiba-tiba diserang oleh jirannya yang bersenjatakan pisau. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Susulan itu, kita telah menahan seorang lelaki berusia 41 tahun bagi membantu siasatan serta merampas pisau dan parang. 

“Punca kejadian masih dalam siasatan namun kita percaya suspek mungkin mengalami sakit mental atau di bawah pengaruh dadah,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini. 

Tambah Hamzah, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN