KUALA LUMPUR – Seorang penganggur yang disyaki mengalami masalah mental nekad menyerang jirannya sendiri selepas permintaannya untuk mendapatkan gam enggan ditunaikan mangsa dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Persiaran Ampang Saujana pada Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.25 petang itu, mangsa berusia 61 tahun yang bekerja sebagai pemandu teksi mengalami luka pada kepala dan tangan selepas ditikam oleh suspek berusia 41 tahun.
Sebelum kejadian, suspek dipercayai telah meminta gam daripada mangsa, tetapi mangsa enggan menunaikan permintaan itu menyebabkan lelaki yang disyaki berada di bawah pengaruh dadah itu berang.
Difahamkan, gam tersebut ingin digunakan oleh suspek untuk melepaskan gian.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, siasatan awal mendapati, ketika kejadian, mangsa berada di luar rumah sebelum dia tiba-tiba diserang oleh jirannya yang bersenjatakan pisau.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










