Warga emas meninggal dunia ketika tunggu solat Subuh di masjid - Utusan Malaysia

Warga emas meninggal dunia ketika tunggu solat Subuh di masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING – Seorang warga emas meninggal dunia ketika sedang menunggu waktu solat Subuh di Masjid Kampung Hangus, Kupang di sini pagi tadi.

Warga emas itu, Salleh Hussain, 65, dari Kampung Hangus, Kupang  sempat berselawat dan menghampar sejadah untuk makmum lain sebelum rebah dan meninggal dunia di tempat imam.

Menurut isteri arwah, Fatimah Latif, 62, arwah suaminya menjadikan rutin hariannya mengerjakan solat Subuh berjemaah di masjid itu atau surau berdekatan.

Katanya, dia tidak sempat mengikut arwah suaminya ke masjid pagi ini selepas arwah keluar rumah lebih awal.

“Arwah suami sejak beberapa hari lalu tidak menunjukkan kelainan kecuali 
keluar ke masjid lebih awal pagi ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Fatimah berkata, dia reda dengan kematian arwah suami dalam keadaan yang baik di rumah Allah pada pagi Jumaat.

“Suami seorang suami yang baik dan bertanggungjawab,” katanya.

Menurutnya, jenazah arwah suaminya dikebumi selepas solat Asar petang ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN