SUNGAI SIPUT – Misteri kehilangan seorang warga emas sejak 24 jam lalu ketika menjalankan aktiviti menangkap burung dan ayam hutan terjawab apabila dia ditemui mati di kawasan ladang kelapa sawit Kampung Jaya Setia, Sungai Siput (Utara) di sini semalam. Mayat Ho Yow Sun, 69, dari Butterworth, Pulau Pinang ditemui pada pukul 1.30 tengah hari oleh pasukan mencari dan menyelamat yang melancarkan operasi sebaik menerima maklumat. Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Rozeni Ismail berkata, polis dimaklumkan mengenai kehilangan mangsa oleh rakan dan anak saudaranya yang turut serta dalam aktiviti tersebut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya