JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas di Sungai Johor di Kampung Tembioh, dekat Kota Tinggi, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi Penolong Kanan Penguasa Bomba Azman Jantan. Beliau berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan lelaki berkenaan pada 12.53 tengah hari tadi selepas motosikal dan topi keledarnya ditemukan di tepi sungai itu. “Enam anggota bomba bersama sebuah jentera dan sebuah bot dihantar ke lokasi tersebut bagi…










