Warga emas dikhuatiri lemas - Utusan Malaysia

Warga emas dikhuatiri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 4 Nov. – Seorang warga emas berusia 83 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Johor di Kampung Tembioh, Kota Tinggi berikutan penemuan motosikal dan helmet mangsa di kawasan itu, hari ini.

Walau bagaimanapun hingga kini tiada sebarang saksi yang tampil melaporkan melihat kejadian tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azman Jantan berkata, pihaknya menerima laporan tentang kehiangan mangsa yang hanya dikenali sebagai Yong Sing pada pukul 12.53 tengah hari tadi.

Menurutnya, sejurus menerima maklumat, enam anggota bomba dengan sebuah jentera serta sebuah bot digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi dan menyelamat (SAR) warga emas itu.

“Sampai di lokasi kejadian, pihak kami menemukan motosikal dan topi keledar dipercayai milik mangsa yang ditinggalkan di tepi sungai tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Katanya, tiada maklumat lanjut diperoleh berkaitan waktu Yong Sing keluar dari rumah.

Azman berkata, operasi SAR termasuk di sungai dijalankan sekitar tiga kilometer dari kawasan motosikal itu ditinggalkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN