KUALA LUMPUR 1 Nov. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki warga Britain bagi membantu siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan berkata, lelaki tersebut, Paul Geoffrey Stadlen, 39, mempunyai alamat terakhir di Unit A-29-8, Blok A, Loft Sentral Condominium, Jalan Stesen Sentral 5 KL Sentral, Kuala Lumpur. “Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Paul Stadlen diminta menghubungi Penguasa Kanan Zuhaila Arip…










