Wanita warga China ditemukan selepas hilang - Utusan Malaysia

Wanita warga China ditemukan selepas hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Seorang gadis yang dilaporkan hilang oleh bapanya ditemukan bersama-sama 21 lagi rakan senegaranya dalam operasi Jabatan Imigresen di sebuah pusat hiburan di Jalan Pudu Ulu di sini bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, kehilangan Zhou Han dilaporkan oleh bapanya selepas kali terakhir menghubungi gadis berusia 22 tahun itu pada 10 Oktober lalu menerusi aplikasi WeChat.

Jelasnya, bapanya turut memaklumkan anaknya itu telah memasuki negara ini pada 2 Oktober lalu bersama enam lagi rakan senegaranya oleh satu kumpulan dari negara China utuk bekerja sebagai penyanyi di kelab malam.

“Hasil siasatan kita dapati wanita tersebut telah ditahan bersama 21 rakan senegaranya dalam operasi Jabatan Imigresen pada 13 Oktober lalu mengikut Seksyen 51(5) (b) Akta Imigresen.

“Buat masa ini semakan dan pengesahan dengan pihak imigresen sedang dijalankan untuk mengetahui status terkini di mana wanita itu ditempatkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan sebelum ini bapa gadis tersebut telah membuat laporan di Balai Polis Tun H.S. Lee pada akhir Oktober lalu selepas dikatakan kali terakhir bertemu di sekitar sebuah hotel di Jalan Imbi, di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN