Wanita Vietnam hilang - Utusan Malaysia

Wanita Vietnam hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Nov. – Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang wanita warga Vietnam yang dilaporkan hilang sejak 17 Oktober lalu.

Menurut satu kenyataan dikeluarkan Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, wanita tersebut, Nguyen Thi Son Trang, 38, dilihat kali terakhir di Hotel The KL Journal, Jalan Beremi, Bukit Bintang, di sini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Sarjan Nor Azmarizan Abu Jamil di talian 010-2423485, Balai Polis Tun H.S Lee 03-92212222 atau Pusat Kawalan Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/585 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×