Wanita menopaus lahirkan bayi - Utusan Malaysia

Wanita menopaus lahirkan bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANCASHIRE, Britain – Seorang wanita yang telah disahkan menopaus pada usia 36 tahun dan diberitahu oleh doktor bahawa dia tidak akan memiliki anak sendiri telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan melalui kaedah persenyawaan in-vitro (IVF).

Marie Neal, 49, dari Nelson di sini telah melahirkan Essie dengan berat 3.54 kilogram pada 10 Ogos lalu selepas sembilan kali melakukan kaedah IVF yang menelan belanja mencecah £60,000 (RM324,224) sejak berusia 42 tahun.

Wanita yang bekerja sebagai seorang setia­usaha perundangan dan suaminya Dale, 49, telah bersama selama 12 tahun. Mereka berusaha untuk memiliki anak, namun kecewa apabila diberitahu oleh doktor bahawa dia telah mengalami menopaus dan tidak akan mempunyai anak sendiri.

Pasangan tersebut mengumpul maklumat me­ngenai IVF dan mengambil keputusan untuk me­lakukannya menggunakan telur yang didermakan untuk dise­nyawakan bersama sperma Dale.

Selepas sembilan kali mencuba rawatan IVF yang melibatkan dua kali keguguran kan­dungan dan tiga kali kehamilan luar rahim, doktor memberi amaran bahawa cubaan Marie untuk hamil hanya akan me­risikokan nyawanya, namun ter­nyata pertaruhan itu berjaya. 
– Agensi

BALDWIN diserbu oleh sekumpulan wartawan dan jurugambar sebaik keluar dari Jabatan Polis New York di Manhattan kelmarin.

MARIE teruja apabila berjaya hamil pada usia 49 tahun.

MARIE dan suaminya, Dale bersama anak perempuan mereka bernama Essie yang dilahirkan pada Ogos lalu.

GAMBAR menunjukkan kawasan perumahan elit yang didiami pasangan suami isteri di Southanton, Britain baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN