KUANTAN – Gara-gara ingin memenangi hadiah bernilai RM216,240 yang ditawarkan oleh sebuah syarikat barang kemas di Hong Kong, seorang suri rumah mengalami kerugian hampir RM245,000 selepas wang bayaran untuk mendapatkan hadiah itu lesap. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa, 33, sebelum itu menerima panggilan daripada suspek pada 22 Oktober lepas yang mendakwa dia memenangi hadiah berjumlah RM216,240. “Bagaimanapun sebelum diberikan hadiah itu, mangsa diminta untuk…










