Wanita ditahan berhubung kes jarum dalam strawberi - Utusan Malaysia

Wanita ditahan berhubung kes jarum dalam strawberi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY 11 Nov. – Seorang wanita ditahan selepas polis menjalankan siasatan berhubung penemuan jarum dalam strawberi di negara itu pada September lalu.

Polis berkata wanita berusia 50 tahun itu ditahan hari ini susulan ‘siasatan kompleks dan menyeluruh’ berkaitan kes berkenaan.

Wanita tersebut dijangka didakwa pada petang ini dan akan hadir ke mahkamah di Brisbane esok.

Polis bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang butiran lanjut termasuklah dakwaan yang bakal dikenakan terhadap wanita terbabit atau modus operandinya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN