LONDON 3 Nov. – Hasrat seorang wanita untuk mencari suami baharu menerusi agensi mencari jodoh antarabangsa tidak kesampaian apabila dia masih tidak lagi menemukan lelaki idamannya selepas lima tahun menggunakan perkhidmatan itu. Mail Online melaporkan, Tereza Burki yang kini berusia 47 tahun bukan setakat belum bertemu jodoh, malah dia turut disaman agensi mencari jodoh berkenaan selepas syarikat itu mendakwa konsultan pelaburan terbabit memfitnah mereka. Burki mendakwa, dia berasa tertipu menggunakan…










