PETALING JAYA 7 Nov. – Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membiarkan anak saudaranya berusia enam tahun tinggal bersendirian di rumah, bulan lalu. Au Jia Cheng, 25, didakwa membiarkan anak saudaranya itu tinggal tanpa pengawasan berpatutan secara berseorangan dengan mengunci pintu dari luar di sebuah rumah di Jalan SS22/27, Damansara Jaya dekat sini kira-kira pukul 6.30 petang, 7 Oktober lalu. Jia Cheng yang baru selesai menamatkan pengajian dalam jurusan fisioterapi didakwa mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya