KUALA LUMPUR 14 Nov. – Hadiah keseluruhan bernilai RM 19,000 menanti peserta pertandingan Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL) 2018 siri kesembilan anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Tasik Metropolitan, Kepong, Ahad ini. Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Khairul Anuar Mhd Juri berkata, seramai 1,000 peserta dijangka akan menyertai program tersebut. “Pertandingan memasuki tahun ketujuh bertemakan “Jom Pancing Rakyat Ceria Komuniti Sejahtera” itu bertujuan meningkatkan kesedaran warga…








