Malaysia sekali lagi mendapat perhatian dunia apabila kerajaan mengumumkan cadangan menghapuskan hukuman mati daripada kerangka undang-undang negara. Kerajaan dilihat begitu serius dan bukan menawarkan retorik semata-mata memandangkan kerajaan telah meletakkan moratorium terhadap semua hukuman mati yang akan dijalankan. Langkah penghapusan ini sewajarnya diberi perhatian khusus oleh ahli-ahli Parlimen serta rakyat Malaysia. Jika kita memilih untuk menghapuskan hukuman ini, ia tidak boleh dikembalikan semula sewenang-wenangnya. Bagi memahami isu ini, adalah penting untuk kita memahami asas undang-undang Islam. Sumber utama perundangan Islam seperti yang disepakati oleh para ulama’adalah daripada al-Quran dan Sunnah.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya