Wajah lebih tua daripada usia - Utusan Malaysia

Wajah lebih tua daripada usia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Suatu hari kelihatan kelibat seorang wanita sedang menunggu untuk sesi konsultansi. Melihat raut wajah, saya jangkakan beliau berumur lewat 40-an. Kebetulan saya tiba di Marissa Aesthetic Semenyih, para konsultan dan terapis sedang sibuk bersama pelanggan lain, oleh itu saya sendiri berjumpa beliau bagi sesi konsultansi.

Beliau memperkenal diri dengan nama Aisyah. Apabila ditanyakan tentang umur, Aishah menunjukkan reaksi kurang gembira. Amat mengejutkan saya apabila beliau memberitahu bahawa umurnya belum mencecah 30-an.

Pada mulanya beliau agak keberatan untuk berkongsi rahsia berkenaan wajahnya yang kelihatan lebih berusia berbanding dengan umur sebenarnya. Setelah beberapa ketika, beliau akhirnya membuka rahsia yang membelenggunya selama ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Aisyah merupakan seorang gadis yang sangat cintakan kecantikan. Memandangkan ibunya merupakan seorang ahli korporat, beliau telah dididik untuk sentiasa menjaga penampilan terutama ketika menghadiri majlis-majlis tertentu. Hasil daripada didikan ibunya menjadikan Aisyah seorang yang terlalu obses dengan kecantikan sehinggakan beliau memberanikan diri mencuba pelbagai jenis produk kecantikan yang dibeli oleh ibunya.

Hari demi hari, Aisyah semakin berani menggunakan produk kecantikan yang lebih cepat dan memberikan kesan lebih pantas iaitu suntikan kolagen. Beliau teruja apabila melihat hasil suntikan yang begitu ketara kelihatan di wajah kawan-kawan nya.

Beliau juga semakin obses terhadap suntikan tersebut. Keadaan ini belarutan sehingga setahun lamanya. Hinggalah satu hari beliau mendapat allergi yang sangat teruk. Aisyah telah ke hospital dan doktor menyarankannya supaya berhenti mendapatkan suntikan kolagen pada wajahnya.

Walaupun baru berusia 20-an, Aisyah mengambil suntikan kolagen yang sama banyak dengan wanita berusia 40-an. Habis segala wang saku dan wang gaji digunakan bagi suntikan. Tapi kesan yang didapati tidak seperti diharapkan. Akhirnya, hari demi hari wajah Aisyah semakin kelihatan berusia daripada umurnya.

Sejak hari itu, Aisyah cuba mencari cara untuk pulihkan semula keadaan wajahnya. Pelbagai cara digunakan. 
Banyak pusat estetik di Kuala Lumpur dikunjungi dengan harapan wajahnya dapat dipulihkan kepada asal. Namun, usahanya gagal. Beliau hampir putus asa untuk pulihkan wajahnya.

Rawatan yang digunakan untuk pulihkan masalah Aisyah ialah rawatan laser selain dibekalkan suplemen yang sesuai termasuk Marissa Glutathione yang berfungsi sebagai antioksidan.

Setelah proses membuang kolagen di wajah Aisyah, saya membuat rawatan Platelet Rich Melasma (PRP). Rawatan PRP ini akan membentuk sel-sel muda dalam kulit Aisyah. Aisyah perlu membuat rawatan itu, enam bulan sekali untuk memudakan semula 100 peratus sel-sel kulit beliau.

Menjadi tua adalah suatu proses alamiah atau proses semulajadi. Manfestasi proses menua antara lain ialah rambut gugur dan memutih, permukaan kulit berkedut, banyak gigi yang tanggal, daya penglihatan atau pendengaran berkurang, perubahan sistem saraf pusat, sistem endokrin dan lain-lain.

Proses penuaan merupakan sesuatu yang normal, namun proses penuaan ini bagai mimpi ngeri bagi sesetengah individu terutama bagi kaum hawa.

Proses penuaan atau nama saintifik ialah degeneration, juga terjadi pada sistem muskuloskeletal. Proses penuaan dibahagi kepada 
dua iaitu penuaan endogen dan penuaan eksogen.

Perubahan rambut menjadi beruban, osteoporosis merupakan contoh dari perubahan endogen. Pengaruh penuaan eksogen biasanya kerana cara hidup yang merugikan seperti merokok, makan berlebihan, minuman keras, tekanan dalam kehidupan, dan 
sebagainya.

 

Ciri-ciri penuaan

Penggantian sel kulit mati semakin lambat

Ketika bayi, kulit kita sangat halus. Seiring bertambahnya usia, pergantian sel kulit baru menjadi lambat, apalagi memasuki usia di atas 30 tahun. Penggantian sel kulit mati memerlukan setidak-tidaknya satu bulan. Sedangkan untuk usia 20 tahun sekitar 20 hari.

Flek hitam atau jeragat mula timbul

Wajah yang kerap terdedah kepada sinaran matahari atau pancaran UV seperti lampu, flek hitam atau jeragat akan timbul dengan cepat. Flek hitam ini merupakan salah satu sebab wajah nampak lebih tua daripada usia sebenar wanita.

Kedutan

Kedutan juga merupakan salah satu ciri-ciri penuaan. Kedutan boleh juga timbul ketika bukan di usia yang sepatutnya. Hal ini akan menampakkan seseorang lebih tua berbanding usia sebenar.

Selain daripada mengamalkan gaya hidup sihat, pelbagai cara boleh digunakan untuk mengekal kulit supaya kelihatan muda.

Kesihatan yang baik bergantung kepada kualiti pemakanan yang baik. Badan kita terdiri daripada berjuta-juta sel yang memerlukan vitamin, mineral dan zat galian yang mencukupi bagi menjamin tahap kesihatan yang optimum.

Antaranya ialah mengamalkan makanan tambahan atau suplemen seperti selenium, magnesium, chromium dan gluthathione.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN