Wabak demam influenza di KL palsu - Utusan Malaysia

Wabak demam influenza di KL palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Nov. – Kementerian Kesihatan menafikan wabak demam influenza kini tersebar di ibu negara seperti yang ditularkan dalam media sosial.

Pengarah Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Zainudin Abdul Wahab berkata, pemantauan dan siasatan yang dilakukan mendapati laporan mengenai wabak atau kluster influenza tidak berlaku di Wilayah Persekutuan ketika ini.

“Influenza adalah penyakit berjangkit akibat virus influenza berlaku sepanjang tahun di Malaysia. Jangkitan mudah tersebar melalui titisan cecair mulut dan hidung. Pesakit akan mengalami demam panas tinggi dan selsema akibat jangkitan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pesakit biasanya akan sembuh dalam tempoh tujuh hari,” katanya dalam satu kenyataan melalui laman Facebook Cawangan Promosi Kesihatan JKWPKLP hari ini.

Beliau mengulas mesej wabak demam influenza tersebar di Kuala Lumpur yang tular melalui WhatsApp dan media sosial lain.

Zainudin mengingatkan individu yang menunjukkan gejala dan simptom penyakit itu mendapatkan rawatan secepat mungkin.

Beliau turut meminta mana-mana pihak tidak menyebarkan mesej-mesej palsu bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×