Vivian-Cheng Wen 
ke final Terbuka Macau - Utusan Malaysia

Vivian-Cheng Wen 
ke final Terbuka Macau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASANGAN beregu wanita negara, Vivian Hoo-Yap Cheng Wen hanya selangkah untuk muncul beregu wanita Malaysia pertama memenangi gelaran kejohanan badminton Terbuka Macau.

Beregu yang berada di ranking No. 75 dunia tersebut menyingkirkan pasangan No. 16 dunia, Nami Matsu­yama-Chiharu Shida 21-16, 21-17 pada aksi separuh akhir di Pavilion Sukan Tap Seac, Macau semalam.

Kejayaan melangkah ke final tersebut merupakan kali kedua bagi beregu baharu tersebut yang digandingkan buat pertama kali sejak September lalu.

Vivian memberitahu, mereka berdua beraksi dengan sangat baik malah memuji aksi mengagumkan pasangannya, Cheng Wen ketika menewaskan pilihan keempat kejohanan tersebut.

“Kemenangan ini sudah tentunya memberi suntikan motivasi dan keyakinan kami untuk melangkah ke pentas final nanti.

“Bagaimanapun, kami tiada sebarang kekesalan dan langsung tidak tertekan menjelang aksi final nanti. Kami akan berikan yang terbaik dan bermain dengan tenang nanti,” katanya dihubungi semalam.

Sebagai rekod, Vivian bukan berada pada musim terbaiknya tahun ini memandangkan pasangannya sebelum ini, Woon Khe Wei berdepan masalah kecederaan hingga terpaksa disisihkan bagi tempoh yang lama.

Sejak awal tahun ini, Vivian sudah digandingkan dengan enam pemain iaitu Khe Wei, Cheng Wen, Goh Yea Ching, Tee Jing Yi, Chow Mei Kuan dan Soong Fie Cho.

Vivian-Cheng Wen akan membuat perhitungan dengan pemenang satu lagi aksi separuh akhir antara beregu Jepun, Misato Aratama-Akane Watanabe dan pasangan Indonesia, Yulfira Barkah-Jauza Fadhila Su­giarto untuk merangkul gelaran Terbuka Macau tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN