Vivian-Cheng Wen juara Terbuka Macau - Utusan Malaysia

Vivian-Cheng Wen juara Terbuka Macau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GANDINGAN baharu beregu wanita negara, Vivian Hoo-Yap Cheng Wen yang merupakan pasangan bukan pilihan telah berjaya mengejutkan ramai pihak apabila muncul juara kejohanan badminton Siri Jelajah Dunia Super 300 Terbuka Macau di Pavilion Sukan Tap Seac semalam.

Pasangan yang digandingkan buat pertama kali September lalu itu dilihat mudah menundukkan beregu di ranking ke-30 dunia dari Jepun, Misato Aratama-Akane Watanabe 21-15, 22-20 dalam tempoh 39 minit.

“Saya sendiri tidak percaya kerana berjaya menjuarai kejohanan ini. Ia merupakan satu permulaan yang baik buat kami berdua,” kata Vivian.

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN