PUTRAJAYA 13 Nov. – Seorang ahli perniagaan menjadi suspek kelima yang dikenakan tahanan reman bagi membantu siasatan kes menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk meminta suapan sebanyak RM2 juta bagi menyelesaikan kes seorang individu berpangkat Datuk Seri. Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah tahanan reman selama enam hari sehingga 18 November depan terhadap lelaki berusia 48 tahun berkenaan. Difahamkan, suspek ditahan pada pukul 10.20 malam semalam…










