[VIDEO] Saman 50 peratus diskaun, orang ramai serbu balai trafik - Utusan Malaysia

[VIDEO] Saman 50 peratus diskaun, orang ramai serbu balai trafik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Nov. – Lebih 500 pesalah trafik sudah menyelesaikan tunggakan saman trafik selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun sehingga 50 peratus sempena perayaan Deepavali di Balai Polis Trafik di Jalan Tun H.S. Lee, di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifly Yahya berkata, jumlah tersebut dicatatkan setakat pukul 12 tengah hari tadi.

“Seperti semalam, orang ramai mula hadir kira-kira pukul 7 pagi tadi untuk membayar saman dan setakat ini, proses berjalan lancar.

“Kita juga membuka kaunter warga emas untuk memudahkan mereka supaya tidak beratur panjang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati, barisan panjang masih sama seperti semalam dan tidak berkurangan walaupun sudah masuk waktu tengah hari.

Sementara itu, pekerja swasta, Kwan Yau Lae, 39, menyatakan rasa gembira dengan tawaran yang dilakukan polis.

“Walaupun terpaksa beratur panjang, saya berjaya menyelesaikan 10 saman tertunggak melibatkan isteri serta anak-anak,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN